Google disaman kerana menjejaki telefon pengguna secara rahsia

0
46
google
Sumber : NOAH SEELAM/AFP/Getty Images)

Syarikat gergasi internet, Google berdepan dengan satu tuntutan mahkamah yang difailkan atas tuduhan ia menjejak lokasi telefon pintar jutaan pengguna walaupun  tetapan ‘sejarah lokasi’ telah dimatikan.

Napoleon Patacsil dari San Diego telah mengfailkan saman tersebut sebagai wakil warga Amerika yang menggunakan telefon Android dan juga iPhone yang lokasi mereka dijejaki oleh syarikat tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka.

Patacil mendakwa prinsip utama Google adalah untuk menjejaki secara rahsia pengguna telefon pintar dan membenarkan pihak ketiga untuk membuat jejakan yang sama.

“Google memberi pihan untuk pengguna mematikan tetapan ‘sejarah lokasi’ pada bila bila masa. Apabila tetapan itu dimatikan, lokasi pengguna tidak akan disimpan. Itu adalah satu penipuan”

Saman itu mendakwa syarikat itu melanggar undang-undang privasi dengan menyakinkan pengguna bahawa lokasi mereka tidak akan dijejak jika mereka mematikan tetapan tersebut.

Sumber : Independent