Gempa bumi di Mexico dedahkan kuil kuno di dalam piramid

0
108
[Gambar dari Yahoo News]

[Gambar dari Yahoo News]
Ahli Arkeologi yang sedang mengimbas struktur piramid di Mexico terkejut dengan penemuan sebuah kuil lama di dalam piramid tersebut. Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud telah menggemparkan Mexico pada September lepas mengakibatkan banyak kerosakan kepada tempat-tempat bersejarah di Mexico, termasuk piramid Teopanzolco  yang terletak di selatan Morelos.

[Gambar dari Yahoo News]
Kuil yang ditemui  selepas gempa bumi tersebut dianggarkan dibina pada tahun 1150, dipercayai milik masyarakat Tlahuica , salah satu masyarakat Aztec yang tinggal di Mexico. Antara yang ditemui di dalam kuil tersebut adalah tapak kemenyan dan pinggan mangkuk seramik.

[Gambar dari Yahoo News]
Penemuan itu dibuat apabila saintis daripada Mexico’s National Institute of Anthropology and History (INAH) melakukan pengimbasan mengunakan radar ke atas struktur piramid untuk mengetahui jumlah kerosakan yang dialami susulan kejadian gempa bumi tersebut.

Struktur utama  tapak arkeologi tersebut dipercayai bermula sejak abad ke 13. Itu bermaksud kuil yang baru ditemui bermula lebih awal dari waktu itu.

Sumber : Yahoo