Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda Lombok sekali lagi

0
37
gempa bumi lombok
Sumber : AFP/Getty

Lombok, Indonesia dilanda gempa bumi sekali lagi semalam berukuran 6.9 magnitud yang mengakibatkan seorang maut dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya dalam keadaan panik.

Kejadian gempa bumi yang terbaru ini berjarak cuma 2 minggu dari gempa bumi yang berukuran 7.0 magnitud yang mengoraban kan sejumlah 460 orang dan mengakibat kerosakan bernilai lebih 5 trillion rupiah seperti yang dilaporkan didalam artikel sebelum ini.

gempa bumi lombok
Sumber : AP

Rakaman video dari Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia menunjukkan awan habuk tebal yang terbentuk dari tanah runtuh di lereng Gunung Rinjani. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan sesetengah kawasan d Lombok berada dalam keadaan gelap.

Seorang maut akibat serangan jantung pada permulaan gempa bumi yang berukuran 6.3 magnitud dan mengakibatkan hampir 100 kediaman mengalami kerosakan yang teruk pada hari Ahad jam 1.30 waktu tempatan.

gempa bumi lombok
Sumber : Antara Foto/Ahmad Subaid/Reuters

Gempa susulan berlaku 9 jam kemudian berukuran 6.9 magnitud dan terdapat sekurang kurang 2 lagi gempa susulan pada 5.9 dan 5.5 magnitud.

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 5 Ogos lalu mengakibatkan ribuan kediaman rosak teruk dan lebih 350 000 orang meninggalkan rumah mereka. Kebanyakannya masih tinggal di dalam khemah dan struktur sementara di kawasan yang terbuka.