Gaji minimum diletakkan pada kadar RM1050 bermula 1 Januari 2019

0
87
gaji minimum
Sumber : ThamKC/Shutterstock

Malaysia akan mempunyai gaji minimum yang seragam iaitu sebanyak RM1050 sebulan atau RM 5.05 per jam bermula tahun depan.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataannya semalam berkata, langkah baru yag akan bermula pada 1 Januari 2019 itu diambil berikutan cadangan daripada Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN).

Cadangan itu dibuat selepas Perintah Gaji Minimum 2016 telah dikaji sepenuhnya oleh MPGN.

Perintah tersebut menyatakan bahawa gaji minimum untuk semenanjung Malaysia adalah RM1000 dan RM950 untuk Sabah dan Sarawak.

gaji minimum

Kenyataan dari JPM itu turut menyatakan bahawa tiada subsidi akan diberikan berikutan kekangan kewangan semasa negara dan peningkatan tersebut selaras dengan situasi ekonomi semasa.

Kenyataan itu juga turut mengingatkan supaya berwaspada kerana sebarang peningkatan yang drastik boleh menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

Disebabkan itu, peningkatan gaji haruslah dibuat secara berkala supaya industri terutamanya industri kecil tidak menutup perniagaan mereka akibat peningkatan dalam harga kos.

Syarikat perniagaan juga dinasihatkan supaya tidak menaikkan harga barang dan servis berikutan peningkatan gaji minimum ini dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipohon untuk memantau situasi ini.