Gadis melayu raih tempat kelima Miss Universe New Zealand

0
79
Miss Universe New Zealand
Sumber : TheStar

Gadis melayu kelahiran Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul telah memenangi tempat kelima didalam pertandingan ratu cantik, Miss Universe New Zealand 2018. Apa yang uniknya mengenai gadis ini ialah beliau adalah seorang yang berhijab.

Keputusan pertandingan itu telah diumumkan pada malam Sabtu yang lepas.

Dalam satu temu ramah, beliau berasa sangat gembira dan menyatakan bahawa pengalaman luar biasa ini banyak membantunya sebagai seorang individu.

Nurul yang dilahirkan di Ampang, Selangor berpindah ke New Zealand semasa berumur 5 tahun. Pelajar Waikato Universiti itu juga mengucapkan rasa terima kasih beliau kepada mereka yang menyokong beliau semasa menyertai pertandingan ratu cantik tersebut.

Nurul mencipta sejarah dengan menjadi peserta pertama yang memakai hijab di pusingan akhir pertandingan tersebut.

Didalam pertandingan Miss Universe New Zealand 2018, Estelle Curd telah dinobatkan sebagai juara. Beliau yang bekerja sebagai pengurus di Auckland telah juga menyertai pertandidangan ratu cantik tersebut pada tahun 2014. Beliau akan mewakili negaranya ke pertandingan Miss Universe yang ke 67 yang akan diadakan di Bangkok hujung tahun ini.

Sumber : TheStar