Facebook di saman lagi atas tuduhan mengamalkan diskriminasi jantina

0
38
Saman Facebook
Sumber : Dado Ruvic / Reuters

Kesatuan Kebebasan Umum Amerika (ACLU) menfailkan saman Selasa lalu ke atas laman media sosial terbesar, Facebook di atas pertuduhan Facebook dan 10 syarikat pengiklanannya melakukan diskriminasi jantina dimana  mereka menyoal peralatan pengiklanan yang disediakan kepada pekerja Facebook yang membenarkan iklan disasarkan berdasarkan jantina.

Saman tersebut menuduh Facebook mengembalikan zaman dimana surat khabar memaparkan iklan dalam bahagian yang belainanan untuk lelaki dan perempuan dimana perempuan dinafikan pekerjaaan yang bergaji tinggi.

“Facebook harus menukar landasannya untuk mengelakkan pengiklan daripada menyalahguna maklumat pengguna untuk tujuan diskriminasi dan memastikan setiap jantina diberi kesamaan taraf dan hak” tulis peguam ACLU di dalam kenyataan berkenaan saman berikut.

Saman itu turut menamakan syarikat Abas USA, Defenders, Nebraska Furniture Mart, the City of Greensboro North Carolina, Need Work Today, Renewal by Andersen LLC, Rice Tire, JK Moving Services, Enhanced Roofing & Modeling, dan Xenith sebagai defenden.

Facebook dalam kenyataan balasnya menafikan perkara itu.

“Tiada tempat untuk diskriminasi di dalam Facebook. Ia dilarang didalam polisi kami dan selama ini, kami telah menambah baik sistem kami untuk mengelakkan dari disalah guna.” kata jurucakap Facebook, Joe Osborne. ” Kami sedang meneliti pertuduhan ini dan akan mempertahankan amalan kami.”

Ini bukanlah kali pertama Facebook dikenakan pertuduhan seperti ini. Sebelum ini Facebook pernah disaman kerana membenarkan pengiklan untuk mengamalkan diskriminasi keatas pengguna yang melihat iklan rumah di landasannya.

Sumber : Yahoo