Dadah bernilai RM 26 juta di temui di Pulau Pinang

0
56

Dadah bernilai sebanyak lebih 26 juta dijumpai di dalam paket paket teh cina mungkin mungkin merupakan rampasan dadah terbesar oleh pihak polis pada tahun ini.

6 serbuan oleh pihak polis telah dijalankanĀ  di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang pada hari Selasa lepas dan dadah seberat 506 kg telah dirampas termasuk dadah jenisĀ  metafetamin dan pil ekstasi.

4 lelaki berusia 35 hingga 59 tahun turut ditahan dalam kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Komunikasi Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, serbuan dijalan kan oleh pihak polis dari Pulau Pinang dan Bukit Aman dengan kerjasama Biro Operasi Narkotik Thailand dan Badan Kawalan Narkotik Thailand.

506 kg dadah jenis metamefamin di bungkus sebagai daun teh di dalam 473 buah paket dan 26000 pil ekstasi telah ditemui.

3 kereta, wang bernilai RM 20 000, barang kemas dan jam dengan jumlah nilai sebanyak RM 147 000 turut dirampas dalam kejadian tersebut.

Sumber : TheStar