Cubaan culik kanak kanak di kawasan KL Sentral

0
82
culik

Hilang anak atau anak di culik merupakan mimpi ngeri bagi setiap insan yang bergelar ibu atau bapa. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tahun lepas, setiap hari, kira-kira 4 orang kanak-kanak berusianya dibawah 18 tahun didapati hilang dan 3 daripadanya adalah kanak-kanak perempuan.

Pada 6 September lepas, seorang ibu berkongsi kisahnya di laman Facebook dimana anaknya hampir di culik di KL Sentral. Atas keizinan dari penulis asal, Nurul Suhada, kami kongsikan kembali pengalaman beliau yang berlaku di KL Sentral pada 5 September 2018.

Merancang untuk mengambil angin dengan menaiki keretapi, beliau tiba di KL Sentral bersama anak kecilnya dan sepupunya. Selesai makan di ‘food court’ berhampiran, sepupunya sedar akan seorang wanita berketurunan cina sedang mengekori mereka sambil memandang anak kecil beliau.

culik

Wanita tersebut tiba-tiba bertindak menegurnya dan bertanyakan tentang anaknya. Apabila dijawab beliau yang itu adalah anaknya, wanita tadi mula bertindak agresif.

Mereka melarikan diri dan terserempak dengan polis bantuan. Walaupun dibantu oleh polis tersebut, wanita tadi masih berkeras mengatakan itu anaknya sambil mengeluarkan MyKid dan puting bayi dari beg tangannya.

Walaupun dihalang dari pihak polis, wanita tersebut cuba untuk menarik tangan anak kecil itu. Melihat tindakan agresif wanita itu, abang polis tersebut menyuruh beliau untuk segera masuk ke kawasan stesyen keretapi dan menaiki keretapi untuk pergi dari situ.

culik

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan selamat walaupun mereka trauma dengan kejadian itu.

Untuk membaca cerita penuh mengenai kes ini, anda boleh lawati laman Facebook Nurul Suhada.

Tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut mempunyai masalah mental atau terlibat dalam aktiviti menculik bayi.

Rasa takut apabila membaca kisah sebengini. Tempat yang ramai orang pun belum tentu selamat. Pelbagai taktik yang digunakan untuk culik kanak-kanak sekarang ni. Semoga kita semua terhindar dari kejadian seperti ini.

Sumber : Nurul Suhada