Cacing keluar dari seekor ketam yang dipanggang secara barbeku

0
73
seekor ketam

Sebuah rakaman video berdurasi 30 saat tular di media sosial pada mulanya memaparkan seekor ketam yang dimasak secara barbeku.

Apabila tukang masaknya mengangkat ketam tersebut mendekati kamera,  ternampak sesuatu yang menjijikkan.

Terdapat banyak cacing kecil yang keluar dari ketam tersebut mungkin akibat panas dari barbeku tersebut.

Walaupun jenis cacing itu tidak diketahui, cacing leper adalah salah satu cang yang selalunya mendiami ketam dan boleh menyebabkan jangkitan yang teruk terhadap manusia.Cacing jenis ini boleh hidup di dalam badan dan menembusi perut, usus dan juga paru paru. Memasak ketam dengan betul boleh membunuh cacing ini dan membuatkan ketam tersebut selamat dimakan.

Tidak pdapat dipastikan dimana rakaman ini diambil tetapi ia dimuatnaik pada Isnin lepas (17 September) dan telah di kongsi oleh lebih 18,000 pengguna Facebook.

Sumber : AsiaOne