Cabaran viral terbaru dari China – Menahan marah selama 21 hari

0
32
challenge cabaran
Rekod salah seorang pelajar yang menyertai cabaran menahan marah selama 21 hari.[Foto/ynet.com]

Bolehkah anda menahan marah anda selama 21 hari? Berikutan pelbagai cabaran pelik yang kadang kala tidak masuk akal dan membahayakan yang tular di media sosial seperti  ‘A4 waistline challenge’, ‘bellybutton challenge’ dan ‘car dance challenge’, terdapat satu lagi trend terbaru yang sedang hangat di negara China.

Tetapi trend terbaru ini lebih membawa kebaikan; anda harus mengawal kemarahan anda dalam tempoh 21 hari.

Mengikut laman Chinaplus.cri.cn, cabaran tersebut bermula apabila seorang guru memberi kerja rumah terhadap pelajar dan juga ibu bapa pelajar di dalam kelasnya untuk dilakukan sepanjang cuti musim panas di Wuhan, dimana pelajar dan ibu bapa harus merekodkan mood harian mereka di dalam satu diari.

Tidak lama selepas itu, cabaran tersebut menarik minat orang ramai dan menjadi tular di internet.

Untuk sesetengah orang, 21 jam sudah cukup payah untuk menahan marah, inikan pula 21 hari. Ada yang berpendapat cabaran ini tidak adik untuk orang yang belum berkahwin kerana ianya hampir mustahil untuk tidak marah jika mempunyai pasangan hidup dan juga anak.

Walaubagaimanapun, guru yang memulakan kerja rumah tersebut berkata bahawa tujuan kerja rumah itu adalah untuk mengingatkan ibu bapa tentang pentingnya untuk mempunyai persekitaran yang baik di rumah supaya anak boleh belajar untuk mengawal emosi sendiri.

Beliau juga berpendapat ibu bapa cenderung untuk marah anak anak mereka dan punca utamanya adalah disebakan oleh kerja rumah anak anak.

Yang menariknya, diantar kesemua 44 pelajar di dalam kelas tersebut, cuma satu pasangan kembar dan ibu bapa mereka sahaja yang berjaya menghabiskan cabaran tersebut. Ini menunjukkan mengawal kemarahan bukan lah semudah yang disangka.

Daripada korang buat cabaran viral yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain, lebih baik korang cuba untk membuat challenge ini.