Bulan palsu akan dilancarkan di China bagi menggantikan lampu jalan pada waktu malam

0
131
bulan palsu
Sumber : https://sg.news.yahoo.com/chinese-city-wants-launch-artificial-moon-replace-streetlights-140516594.html?fbclid=IwAR0aa1QTWx0pkK_YizWFke7lydlvTyCyZtydsNWCMC7hF6wt7HdFsf9CD60

Sebuah bandar di China, Chengdu merancang untuk membuat bulan palsu di angkasa supaya suasana malam kelihatan lebih terang.

Sebuah satelit yang bercahaya terang mungkin dilancarkan selewat lewatnya pada tahun 2020 dan dikatakan 8 kali ganda lebih terang dari bulan yang sebenar.

Pegawai bandar itu berkata, satelit itu direka hanya untuk membantu cahaya bulan pada waktu malam.

Rancangan yang dikatakan akan menerangi bandar yang didiami sekitar 14,000 penduduk itu di laporkan oleh akhbar People’s Daily.

bulan palsu
Sumber : https://sg.news.yahoo.com/chinese-city-wants-launch-artificial-moon-replace-streetlights-140516594.html?fbclid=IwAR0aa1QTWx0pkK_YizWFke7lydlvTyCyZtydsNWCMC7hF6wt7HdFsf9CD60

Jika rancangan tersebut berjaya, ia boleh menggantikan lampu lampu di jalanan.

Pegawai bandar tersebut turut berkata bahawa cahaya tersebut boleh dikawal untuk menerangi sejauh 50 batu dan idea tersebut datangnya dari seorang penggiat seni dari Perancis.

Kebanyakan orang yang skeptikal telah mengutuk idea tersebut, walaubagaimanapun, orang orang di China bukanlah yang pertama yang mengeluarkan idea seperti ini.

Sebelum ini pihak Rusia juga telah mengatakan yang mereka ingin menggunakan satelit untuk memantulkan cahaya matahari ke bumi untuk menerangi beberapa bahagian negara itu pada waktu malam.

Terdapat juga kebimbangan yang ia mungkin mendatangkan gangguan terhadap kehidupan hidupan liar.

Walaubagaimanapun, salah seorang yang terlibat dengan projek ini, Kang Weimin, pengarah Institute of Optics, School of Aerospace, Harbin Institute of Technology, berkata masalah tersebut mungkin tidak akan terjadi.

Ini adalah kerana cahaya yang dihasilkan adalah seperti waktu senja dan tidak akan mengganggu rutin hidupan liar.

Satelit tersebut dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2020 dan kerja kerja pembinaannya mungkin akan bermula bila bila masa sahaja.

Idea tersebut teah dibentangkan di dalam satu sidang media awal bulan ini oleh Chengdu Aerospace Science and Technology Microelectronics System Research Institute.

Sumber : Yahoo