Beg lelaki ini dicuri dalam kelas bisnes kapal terbang ‘Malaysia Airlines’

0
65
Malaysia Airlines

Seorang lelaki menulis kisahnya di laman Facebook kumpulan ‘Malaysia Airlines’ menceritakan kisah bagaimana begnya hampir dicuri didalam kapal terbang syarikat penerbangan tersebut walaupun beliau berada di dalam kelas bisnes kapal terbang tersebut.

Beliau menaiki ‘flight MH0751’ penerbangan Malaysia Airlines dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur bersama 4 orang kawan selepas selesai urusan kerja. Selepas meletakkan bag komputer ribanya ti tempat yang disediakan, beliau duduk sebelum di kejutkan oleh kawannya yang menyuruh beliau memeriksa beg kerana ternampak seseorang mengambil begnya itu.

Beliau segera pergi ke arah lelaki yang disyaki mengambil begnya itu. Didapati lelaki tersebut sedang menyelongkar beg tersebut sambil di tangannya terdapat mata wang asing yang didapati dari beg tersebut.

Beliau kemudiannya melaporkan kes tersebut kepada anak kapal dan tindakan segera diambil oleh anak kapal penerbangan itu. Pihak sekuriti dan polis dipanggil dan kapal terbang itu berlepas setelah lelaki itu dibawa keluar oleh pihak berkuasa.

Beliau difahamkan terdapat sindiket yang berleluasa mencuri barangan penumpang kapal terbang. Sindiket ini menjadi berani kerana tiada kamera litar tertutup di dalam kapal terbang dan apabila kapal terbang berada di udara, terdapat konflik dari segi undang undang negara mana yang harus diguna pakai.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati hati dengan barangan peribadi disamping menggunakan kunci untuk beg jika terdapat barangan berharga.

Untuk pengalaman penuh beliau, anda boleh bacanya di laman Facebook beliau seperti di bawah.

Perkara paling menyusahkan semasa travel adalah jika kita kehilangan barangan peribadi seperti passort, dompet dan juga pakaian. Oleh sebab itu, haruslah sentiasa beringat dan berhati hati dalam menjaga barangan kita sendiri.

Sumber : Facebook