Bayar saman DBKL anda jika tidak mahu disenarai hitamkan oleh JPJ

0
41
saman DBKL

Khas untuk semua pemandu yang sebelum ini ‘liat’ nak bayar saman DBKL. Sekarang jika anda ada saman DBKL yang tertunggak, anda boleh disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini bermakna anda tidak boleh untuk memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan anda.

Pada September lepas, pihak DBKL telah menawarkan diskaun untuk pemandu yang mempunyai saman, tetapi selepas 30 September, jika pemandu gagal untuk membuat pembayaran, pemandu mungkin akan disenarai hitamkan oleh JPJ.

Pemandu boleh membuat pembayaran di kaunter pembayaran DBKL, cawangan POS Malaysia seluruh negara, kiosk pembayaran DBKL, myEG ataupun melalui aplikasi DBKL Mobis yang boleh dimuat turun ke telefon pintr Android atau ios.

Jadi, kalau dulu korang tak nak bayar sebab rasa tiada tindakan akan diambil, sekarang nampaknya, korang kena lunaskan dulu hutang hutang tersebut.