Bankrup setelah anak remaja membelanjakan lebih USD37000 untuk ‘teman wanita’.

0
21
bankrup

Sebuah keluarga di timur China manggung kerugian sehingga bankrap setelah anak lelaki remaja mereka menghabiskan simpanan mereka yang berjumlah lebih USD37 000 untuk memberi hadiah kepada seorang pengacara siaran lansung atas talian yang dikatakan sebagai teman wanitanya.

Lee, remaja berumur 19 tahun mula membelanjakan beberapa ribu yuan sebulan untuk membeli hadiah kepada pengacara tersebut di laman web Juxing Kuwo setelah mula bekerja sebagai buruh.

Laman web tersebut adalah di antara 150 laman web media sosial di China, di mana kebanyakan pengacaranya ada wanita yang akan menyanyi atau menari untuk mendapatkan ‘hadiah’ dari para penonton yang mana 80 peratus daripadanya adalah lelaki.

bankrap

Pengacara yang popular boleh mendapatkan lebih dari 100 000 yuan (USD14 300) sebulan daripada penonton yang meminati mereka.

Lee kemudiannya merasakan yang dia perlu berbelanja lebih laagi untuk menarik perhatian pengacara tersebut, dan dia mula menggunakan wang simpanan keluarganya untuk membelikan hadiah yang mahal.

Saya berasa sangat hebat apabila pergi ke laman web tersebut dan orang mula memanggil saya dengarn gelaran ‘sir’ seperti saya seorang yang sangat kaya‘ kata Lee.

Malang bagi ibu bapa Lee apabila 260 000 yuan yang dibelanjakan berasal dari wang simpanan mereka termasuk pinjaman dari saudara mara, di mana mereka bercadang untuk menggunakannya sebagai bayaran muka rumah baru mereka.

Lee terpikat dengan salah seorang pengacara dan pengacara tersebut meminta supaya Lee membayar lebih untuk membantunya meningkatkan popularitinya di laman sosial tersebut. Dalam masa 5 hari, Lee telah membelanjakan sebanyak 210 000 yuan untuk mempertahankan hubungannya dengan pengacara tersebut.

Perbelanjaan borosnya itu tidak disedari sehinggalah pada 19 Oktober yang lalu apabila bapanya cuba untuk memindahkan wang berkenaan dan mendapati baki simpanannya kurang dari 1 yuan.

Semenjak kejadian tersebut, Lee telah didiagnosis sebagai mengalami kemurungan dan telah didapati mempunyai IQ yang rendah. Pelbagai cara cuba dibuat oleh keluarganya dengan berunding dengan laman web Juxing Kuwo, tetapi masih gagal untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Sementara itu, ‘teman wanita’ dimana Lee telah berbual dengannya melalui rangkaian sosial WeChat menafikan yang dia bekerja sebangai pengacara di laman web media sosial tersebut.

Sumber : TheStar