ASUS ZenFone 5z akan dijual pada harga RM1,699

0
52

ASUS ZenFone 5ztelefon pintar yang dikuasakan oleh Snapdragon 845 dan yang paling berpatutan yang boleh anda beli di Malaysia. Pada harga RM1,899 ia didatangkan dengan RAM 6GB dan penyimpanan 128GB, inilah peluang anda untuk mendapatkannya.

asus zenfone 5z

Menurut Lazada, jualan ZenFone 5z dengan harge RM1,699 akan bermula pada 31 Julai 2018, 12AM

ZenFone 5z dilengkapi dengan paparan 6.2 “Full HD+ Super IPS+ dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 845. Ia mempunyai kombo dual-kamera 12MP + 8MP dengan OIS, manakala bahagian depan dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP. Peranti ini dilengkapi dengan bateri 3300mAh yang menyokong pengecasan cepat melalui USB-C.

Selain daripada pilihan penyimpanan 6GB RAM + 128GB, ASUS Malaysia juga menawarkan versi penyimpanan 8GB RAM + 256GB pada harga RM2,299.

Sumber: SoyaCincau