Ant Farm Nail – Trend terbaru seni rias kuku

0
45
ant farm nail
Sumber : https://www.instagram.com/nail_sunny/

Diatas nama ‘kecantikan’, komuniti seni kuku mungkin boleh dikatakan antara yang mempunya idea-idea yang terlampau pelik. Kadang-kadang, ia terlalu pelik sehinggakan sukar bagi kita untuk melihat hasil seni tersebut.

Trend yang terbaru dari dunia seni kuku ini bukan sahaja terlampau pelik, malah ia juga mungkin menjijikkan. Kini, di luar negara, terdapat salon kuku yang menawarkan ‘Ant Farm Nail’.

Apa yang mereka tawarkan sebenarnya adalah untuk menjadikan kuku anda sebagai tempat tinggal semut yang kecil.

kuku ladang semut
Sumber : https://www.instagram.com/nail_sunny/

Kami rasa semut tersebut tidak akan dapat hidup begitu lama dalam tempat sekecil itu, jadi mungkin pengakhirannya mereka akan berjalan dengan semut yang mati di kuku mereka.

Kebanyakan orang ramai berpendapat, perbuatan ini menjijikkan dan terlampau bodoh, malah ada juga yang marah dengan trend terbaru ini. Mereka measakan perbuatan ini terlalu kejam kerana menggunakan semut hidup.

Sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram oleh salah satu Salon kuku di Mexico, Nail Sunny memaparkan bagaimana ianya di buat.

Di dalam rakaman video diatas, pemiliknya mengatakan bahawa tiada haiwan yang dicederakan semasa pembuatan kuku ini. Adakah anda fikirkan perkara yang sama?

Walaupun salon tersebut teruk dikecam, mereka masih mempertahankan ciptaan baru tersebut.

Dapat dilihat dari video diatas, semua berkeliaran lari dipercayai selepas kuku dipotong.

Apa kata anda? Adakah anda rasa trend terbaru ini menarik atau menjijikkan?