Anda rasa anda ada kuasa yang luar biasa? RM48,000 ini mungkin milik anda.

0
31
kuasa yang luar biasa
Sumber: How Stuff Works

Korang boleh gerakkan barang menggunakan kuasa minda? Atau boleh baca fikiran orang lain? Ataupun mungkin ada diantara korang yang boleh terbang macam Superman? Kalau anda boleh buktikan yang anda memang ada kuasa luar biasa, sekumpulan saintis dari Jerman ingin memberi hadiah sebanyak €10,000 (RM48,613)!

Society for the Scientific Investigation of Para-Sciences (GWUP) adalah terdiri daripada sekumpulan ahli fizik, ahli biologi dan ahli psikologi dari Jerman yang percaya bahawa apabila ada orang yang mengaku mempunyai kuasa luar biasa, pengakuan itu harus diambil kira secara serius dan cuba untuk mengkaji kuasa tersebut didalam persekitaran yang sesuai.

Setiap tahun GWUP telah menjemput beberapa calon yang mengaku mempunyai kuasa yang luar biasa ke Universiti Würzburg, di Würzburg, Jerman untuk mempamerkan kuasa luar biasa mereka dan memberi mereka peluang untuk mendapatkan hadian tawaran yang berupa wang sebanyak €10,000 (RM48,613). Lebih 60 orang telah diuji pada tahun tahun yang lepas tetapi tiada siapa lagi yang layak untuk mendapatkan wang hadiah tersebut.

kuasa yang luar biasa
Sumber: PicBear

Rainer Wolf, seorang pengkaji persepsi dan juga salah seorang yang memantau ujikaji kuasa luar biasa ini berkata, Kami bukannya ingin memperkecilkan keupayaan mereka ini, tetapi kami cuma ingin menunjukkan yang terdapat banyak pengakuan tentang kuasa luar biasa ini yang merepek dan tidak masuk akal.

Katanya lagi, walaupun banyak diantara pengakuan yang direkodkan adalah merepek, mereka ini bukanlah berniat untuk menipu. Rainer dan rakan sekerjanya percaya bahawa calon calon ini percaya yang mereka betul betul mempunyai kuasa yang luar biasa tetapi apabila kuasa ini diuji, semuanya tidak menjadi!

Rainer telah benyak berusaha untuk memastikan ujikaji yang diajalankan ini adil dan meminimumkan sebanyak mungkin nasib baik yang mungkin terjadi.

Sebagai contoh, seorang lelaki sebelum ini mengatakan yang dia mempunyai kuasa telekinesis dan dapat menggerakkan objek yang kecil menggunakan mindanya. Jadi, Rainer telah menyuruh calon tersebut untuk menggerakan sepotong kertas yang kecil sambil di tutupi oleh gelas lutsinar untuk memastikan ia tidak dapat di tiup angin. Lelaki tersebut cuba menggerakkan kertas itu menggunakan mindanya. Selepas beberapa jam, lelaki tersebut berputus asa.

Jadi, kalau korang adalah diantara orang yang merasakan anda mempunyai kuasa yang luar biasa, boleh cuba untuk menyahut cabaran ini dengan pergi ke laman web GWUP untuk memohon. Siapa tahu, anda mungkin orang pertama yang memenangi hadiah wang yang ditawarkan.