Pelakon komedi terkenal, Accapan meninggal dunia pada usia 63 tahun

0
28
accapan

Pelakon komedi popular tanah air Samynathan Rethiman atau lebih dikenali sebagai Accapan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi pada usia 63 tahun.

Mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping keluarganya di rumahnya di Taman Puchong Utama.

Mendiang Accapan meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumahnya pada pukul 3 petang ini.

Mendiang banyak memainkan watak komedi dalam filem dan drama tempatan tahun 80-an dan 90-an.