8 orang terlibat dalam pergaduhan yang hanya berpunca dari swafoto (selfie)

0
30
Trevi fountain swafoto
(Photo: DeAgostini/Getty Images)

Salah satu dari tempat perlancongan yang terkenal di Rom , ‘Trevi Fountain’, baru baru ini menjadi popular kembali, tetapi atas sebab yang salah. Ia menjadi lokasi pergaduhan yang melibatkan sehingga 8 orang, semuanya berpunca dari keinginan untuk ber swafoto (selfie).

Akhbar The Guardian melaporkan pihak polis telah dipanggil ke destinasi perlancongan tersebut selepas 2 wanita didapati sedang bergaduh. Punca pergaduhan? Mereka berebut tempat yang sama untuk mengambil swafoto.

Pertama kali dilaporkan oleh akhbar La Repubblica, kedua dua pelancong tersebut, wanita berusia 19 tahun berasal dari Belanda dan seorang lagi yang berusia 44 tahun berketurunan Itali – Amerika, bertengkar merebut ruang untuk berswafoto tersebut, di mana akhirnya ia juga melibatkan kedua-dua keluarga mereka.

4 anggota polis terpaksa meleraikan pergaduhan 8 orang tersebut. Kesemua dari mereka telah didakwa atas pergaduhan tersebut.

Pegawai daerah, Andrea Coia memberitahu La Repubblica yang mereka sedang mengkaji untuk cara untuk membenarkan orang ramai melawat kawasan tersebut, tetapi kali ini tanpa perlu berhenti di kawasan tersebut.

Kepada sesiapa yang masih belum pernah sampai ke destinasi perlancongan tersebut, cepat cepat lah rebut peluang ini selagi swafoto masih dibenarkan. Selepas ini mungkin mengambil gambar pun tidak lagi dibenarkan.

Sumber : Yahoo