5 tempat percutian yang unik dan menarik di Malaysia

0
1089

Bagi yang meminati suasana kehijauan dan kedamaian, kami senaraikan pilihan tempat percutian yang unik dan menarik yang terdapat di dalam Malaysia. Tambahan pula, ringgit telah mengalami kejatuhan berbanding mata wang di kebanyakan negara lain, memang sesuai untuk kita memilih destinasi di dalam negara untuk pergi bercuti.

1)  SEKEPING SERENDAH, SELANGOR

Tidak jauh dari Kuala Lumpur, Sekeping Serendah menjanjikan kecantikan alam semula jadi yang damai. Hanya 1 jam pemanduan dari ibu kota, ianya terletak di sebuah peka kecil yang dinamakan Serendah. Jarak Sekeping Serendah dari pekan Serendah hanyalah dalam masa 5 minit.

Terdapat 10 jenis penginapan yang disediakan di kawasan yang berkeluasan 5 ekar. Pelbagai aktiviti disediakan di kawasan tersebut buat pengunjung dari dalam dan luar negara. Antaranya seperti ‘jungle trekking’ dan mandi di kawasan air terjun.

2)  THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN

Terletak di Mantin, Negeri Sembilan, The Dusun menjanjikan pengalaman yang amat bermakna untuk pengunjungnya. Ia dibina untuk pengunjung yang cintakan kehijauan,  dan ingin meluangkan masa yang berkualiti dengan orang yang tersayang. Pengunjung akan disambut dengan kicauan burung dan dering cengkerik.

Terdapat 6 jenis penginapan yang disediakan di The Dusun. Aktiviti yang disediakan buat pengunjung tidak kurang hebatnya seperti ‘jungle trekking’ ke kawasan air terjun, kelas memasak dan juga fotografi.

3) 

Didirikan dia atas dusun durian seluas 48 ekar, Tanah Aina Farouq terletak di Raub, Pahang. Ia dikenali dengan kolam ternakan ikan komersialnya yang menjadi rumah ikan komersial yang berkualiti tinggi.

Penginapan di sini adalah sebuah rumah banglo yang terletak di  dalam dusun, di atas bukit dan dikelilingi oleh haruman buah buahan yang terdapat di sekitarnya. Kepada yang meminati sukan lasak, ‘mountain bikes’ dan ‘atv’ ada disediakan.

4)  TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT, RAWANG, SELANGOR

Kawasan ini terletak dia atas tanah berkeluasan 3 ekar di atas bukit. Pengunjung akan disambut dengan pemandangan 360° hutan simpanan Kanching, walaupun jarak dari Kuala Lumpur hanyalah 30 minit. Alam semulajadinya indah membuatkan pengunjung berasa tenang dan santai.

Terdapat 2 jenis penginapan di sini dan ia dipisahkan oleh rimbunan pokok sejauh 60 meter untuk menjanjikan suasana yang privasi buat pengunjung. Golf, kolam renang dan BBQ adalah antara aktiviti yang terdapat di sini.

5)  THE SHOREA RETREATS, SEREMBAN

Jarak The Shorea Retreats dari bandar seremban adalah sejauh 9 kilometer, 1.5 jam dari bandar Kuala Lumpur dan 1 jam dari KLIA. Ia adalah lokasi yang sempurna buat peminat alam semulajadi dan pada pengunjung yang sukakan kedamaian.

Terdapat 4 jenis kediaman yang disediakan, setiap satunya mempunya ciri-ciri yang unik untuk di pilih oleh setiap pengunjung. Tidak kurang hebatnya aktiviti yang boleh dijalankan disini. Antaranya adalah ‘jungle trekking’ dan mandi manda di pelbagai jenis kolam serta air terjun.