5 pulau yang paling menarik di Indonesia

0
49

Bagi pelancong yang meminati percutian yang santai dan menyegarkan, Indonesia adalah salah satu destinasi utama yang patut ada didalam senarai anda. Terdiri daripada lebih 10 000 pulau, tetapi lebih kurang separuh daripadanya tidak berpenghuni. Pulau-pulau ini adalah rumah kepada pantai yang cantik, gunung berapi , hidupan air yang pelbagai dan juga budaya yang menarik. Kami senaraikan 5 destinasi pulau yang terbaik di Indonesia

5. Pulau Flores

Padar Island during magnificent sunset.

Didiami oleh pelbagai flora, pulau ini adalah diantara pulau yang mempunyai permandangan yang tercantik. Sebuah perkampungan kecil yang dinamakan Labuanbajo adalah salah satu tempat yang paling umum untuk pelancong menantikan feri ke Taman Negara Komodo. Di Pulau Flores, destinasi yang paling menarik adalah tasik-tasik kawah di Gunung Kelimutu, di mana tasik-tasik ini sering bertukar warna disebabkan oleh mineral dan perubahan kimia yang dihasilkan oleh gas gunung berapi itu sendiri.

4. Pulau Bunaken

Pulau Bunaken 01

Di hujung timur laut Sulawesi, terletak sebuah pulah yang dinamakan Pulau Bunaken. Pulau ini tempat terletaknya Taman Laut Bunaken, iaitu sebahagian dari Taman Nasional Bunaken. Ia popular dikalangan penyelam disebabkan ia didiami oleh lebih 70% jenis ikan yang terdapat di Lautan Indo-Pasifik. Aktiviti ‘snokeling’ juga banyak dilakukan di kawasan yang berdekatan dengan pantai.

3. Pulau Gili

Pulau Gili Lawa

Salah satu destinasi yang popular di Indonesia adalah di Pulau Gili yang terletak berhampiran dengan Pulau Lombok. Dahulunya pulau ini lebih kepada destinasi untuk pelancong yang ingin mencari kelainan, tetapi sekarang, pulau ini adalah antara pulau yang paling kerap dikunjungi disebabkan oleh keindahannya. Aktiviti yang sering dilakukan oleh pelancong di pulau ini adalah menyelam, yoga dan meluncur air. Ia juga menjanjikan percutian yang romantis bagi pasangan pelancong.

2. Pulau Raja Ampat

raja-ampat-islands

Pulau Raja Ampat ini sebenarnya terdiri dari lebih 600 buah pulau, tetapi 4 pulau utamanya adalah Waigeo, Misoo, Bantanta dan Salawati. Dikenali dengan kepelbagaian flora dan faunanya, menyebabkan pulau ini menjadi tarikan utama buat pengunjung yang ingin menyelam dan melihat burung. Spesis burung yang jarang dilihat seperti Cenderawasih boleh dilihat di pulau ini. Pantainya yang putih bersih dan lautannya yang biru menjadi tarikan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

1. Pulau Bali

Bali.....

Bali adalah pulau yang paling popular di Indonesia. Walaupun ada kalanya pulau ini terlalu padat dengan pelancong yang datang berkunjung, ia masih menjadi destinasi yang amat popular bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Ia terkenal dengan pantainya yang indah, landskap yang menarik dan budayanya yang unik. Meluncur air, kayak, memancing, yoga dan menyelah adalah antara aktiviti yang popular disini.