5 destinasi sarapan pagi terbaik di Pulau Pinang

0
265
Roti Canai Transfer Road
Kredit : faeezarasuli

Melancong ke Pulau Pinang pada hujung minggu sudah menjadi kebiasaan terutamanya bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sudah semestinya apabila kita pergi bercuti, kita akan cuba untuk merasai makanan tempatan yang lazat, dan makanan yang paling utama sebelum kita mula bersiar-siar adalah sarapan pagi. Disini kami senaraikan 4 restoran sarapan pagi yang terbaik di Pulau Mutiara ini.

1. Astaka Taman Tun Sardon

Kredit : @the_eating_buddies

Astaka Taman Tun Sardon adalah antara tempat yang paling popular dikalangan penduduk tempatan tanpa mengira kaum untuk menikmati sarapan pagi. Namakan makanan kegemaran anda, pasti boleh didapati disini. Ia bole dikatakan tempat terbaik untuk anda menikmati sarapan pagi.

2. Restoran Roti Canai Agryll Road

Roti Canai Argyll Road
Kredit : @_ayie_smile_keke

Jika anda seorang peminat roti canai untuk sarapan pagi tetapi rimas dengan tempat yang sesak, anda boleh mencuba roti canai Argyll Road ini. Bermula dari tahun 1955, ini adalah antara restoran halal yang tertua di Pulau Pinang. Kesedapan karinya dikatakan hasil dari resepi turun menurun.

3. Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road
Kredit : @faeezarasuli

Tempat yang paling pupolar untuk menikmati roti canai adalah di Roti Canai Transfer Road. Ia dipenuhi dengan pelbgai bangsa yang ingin menikmati keenakkan roti canai ini, jadi sudah semestinya perlu bersabar untuk menunggu giliran. Roti canai ini adalah yang terbaik di Pulau Pinang.

4. Astaka Lorong Kulit

Astaka Lorong Kulit
Kredit : @mawardamisya

Terletak berhampiran dengan Pasar Lambak Lorong Kulit, Astaka ini menjadi tumpuan setelah penat berbelanja di pasar lambak tersebut. Pelbagai jenis masakan dan makanan boleh didapati disini.

5. Nasi Lemak Ali

Nasi Lemak Ali
Kredit : @eastinhotelpenang

Terletak di Medan Selera Sri Weld, gerai ini popular dengan keenakkan nasi lemaknya. Terdapat 6 jenis nasi lemak yang dijual disini iaitu sotong, udang, ikan, ayam, terlur, ikan bilis dan ikan masin, tapi sudah semestinya nasi lemak sotong mempunyai permintaan yang paling tinggi.

Ini adalah 5 pilihan restoran atau kedai yang kami rasa menyediakan sarapan pagi terbaik buat masa ini. Jika anda merasakan ada lagi kedai lain yang patut masuk didalam senarai ini, boleh cuba kongsikan dengan kami. 🙂