4 suri rumah yang layak dari 80 yang hadir. Kriteria i-Suri yang ramai tidak tahu

0
38
i-suri
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/462800/i-suri-bela-nasib-wanita

Pendaftaran untuk i-Suri telah dilancarkan beberapa hari yang lalu seperti yang kami tulis di artikel sebelum ini. Berikutan pelancaran tersebut, telah ramai yang tampil untuk mendaftarkan diri dengan i-Suri.

Di Ipoh baru baru ini, lebih 80 orang suri rumah telah datang ke Pejabat KWSP Ipoh, tetapi setakat tengah hari cuma 4 orang sahaja yang berjaya didaftarkan di bawah program i-Suri.

Ketua Perkhidmatan KWSP Negeri berkata, sejak pukul 8.30 pagi, ramai suri rumah, balu dan ibu tunggal yang hadir untuk mendaftar tetapi kebanyakan mereka didapati tidak layak untuk mendaftarkan diri.

3 syarat utama yang ditetapkan untuk mendaftar i-Suri adalah berusia 60 tahun ke bawah, warganegara Malaysia dan berdaftar degan e-Kasih.

Apa yang ramai tidak tahu adalah antara syarat untuk berdaftar dengan e-Kasih adalah jumlah pendapatan is rumah haruslah dibawah RM1500.

Jika dilihat dari syarat ini, rata-rata suri rumah yang tinggal di bandar layak untuk mendaftar dibawah program ini.

Rupa-rupanya i-Suri ini terbahagi kepada 3 fasa.

Fasa pertama yang pendaftarannya dibuka bebrapa hari lalu adalah untuk suri rumah, balu dan ibu tunggal yang berdaftar dengan e-Kasih.

Fasa kedua pula adalah caruman ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Fasa ketiga adalah adalah terbuka kepada semua golongan suri rumah yang dijangka akan dibuka pada tahun 2020.