2 tempat makan yang ‘rare’ di Pulau Pinang yang tidak diketahui ramai

0
505
Sumber : https://www.facebook.com/pages/category/Food---Beverage-Company/Laksa-Tempurung-Penang-119755101922382/

Kalau sebut sahaja Pulau Pinang, kita pasti teringat akan makanannya yang sedap dan pantainya yang cantik. Banyak tempat menarik yang boleh di lawati disana, tetapi tempat yang kami akan kongsikan disini adalah tempat yang ‘rare’ dan tidak ramai orang tahu.

Laksa Tempurung

Sumber : https://ainulmustafa.com/laksa-tempurung-teluk-kumbar-pulau/

Laksa tempurung ini terletak di Pantai Ombak Damai di Gertak Sanggul. Walaupun ianya terletak berhampiran dengan jalan raya, tempat ini agak tersorok dari pandangan mata kasar, jadi anda harus memerhatikan papan tanda yang menandakan tempat letaknya kedai ini.

Disamping makanannya yang unik, terdapat pantai yang bersih juga disini. Malah, tidak seperti Batu Feringgi, pantai disini kurang padat mungkin kerana tidak ramai yang tahu akan kewujudannya.

Makanan yang paling popular disini tentulah laksa yang dihidangkan didalam tempurung kelapa. Kedai yang sama juga menawarkan mangga goreng. tentu anda tidak pernah melihat mangga goreng bukan? Terdapat juga makanan lain seperi abc, cendol durian, char kuey tiow dan sebagainya.

Sumber : https://ainulmustafa.com/laksa-tempurung-teluk-kumbar-pulau/
Sumber : https://ainulmustafa.com/laksa-tempurung-teluk-kumbar-pulau/

Alamat : Laksa Tempurung, Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kedai Kopi Bee Hwa

Sumber : https://www.penangfoodforthought.com/2014/10/bee-hwa-cafe.html

Pemilik kedai kopi ini adalah berbangsa cina tetapi mungkin ini adalah satu-satunya kopitiam cina yang menyediakan makanan halal untuk pengunjungnya. Terdapat lebih 20 jenis makanan yang disajikan disini dan semuanya adalah ‘Chinese street food’.

Sumber : https://www.penangfoodforthought.com/2014/10/bee-hwa-cafe.html

Kopitiam ini memilih untuk menggunakan bahan yang halal sahaja didalam masakan mereka agar makanan mereka dapat dinikmati oleh semua bangsa dan agama. Daripada mi kari yang popular hinggalah char koay teow, kedai ini selalunya penuh dengan perbagai kaum yang datang untuk menikmati ‘Penang street food’ ini.

Sumber : https://www.penangfoodforthought.com/2014/10/bee-hwa-cafe.html
Sumber : https://www.penangfoodforthought.com/2014/10/bee-hwa-cafe.html

Alamat : 40, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang