2 suspek ‘pembunuh’ kucing kedai dobi berjaya ditahan polis

0
81
dobi

Berikutan pendedahan gambar 3 lelaki yang dikehendaki polis kerana membunuh seekor kucing dengan menggunakan mesin pengering di sebuah premis dobi layan diri seperti yang dilaporkan di artikel sebelum ini, 2 daripadanya berjaya ditahan polis awal pagi tadi.

2 lelaki tersebut ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Mereka di tahan di sekitar Gombak dan seorang lagi rakan mereka masih diburu oleh pihak polis.

Ketiga-tiga suspek tersebut diburu berikutan tersebarnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai dobi yang menunjukkan 2 daripada suspek mengangkat seekor kucing di premis berkenaan sebelum memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering.

Mereka kemudiannya memasukkan syiling dan menghidupkan mesin tersebut. Bangkai kucing yang berlumuran darah dijumpai oleh sorang pelanggan lain ketika ingin menggunakan mesin tersebut sebelum melaporkannya ke pemilik premis.

Artikel berkaitan : https://runchark.com/2-lelaki-dirakam-membunuh-kucing-dengan-memasukkan-ke-dalam-mesin-pengering/