2 lelaki dirakam membunuh kucing dengan memasukkan ke dalam mesin pengering

0
39
mesin pengering

Kadangkala, manusia boleh jadi lebih teruk dari binatang. 2 lelaki yang tidak dikenali dirakam di dalam satu rakaman litar tertutup, memasukkan kucing yang sedang bunting ke dalam sebuah mesin pengering di sebuah pusat dobi layan diri di Gombak.

Di dalam kejadian yang mengejutkan itu, perbuatan 2 lelaki itu yang dirakam di dalam video yang berdurasi selama 2 minit 50 saat itu dikongsi oleh Persatuan Hawan Malaysia menunjukkan lelaki tersebut pada mulanya menggunakan mesin pengering tersebut untuk mengeringkan pakaian mereka. Setelah selesai, salah seorang dari mereka mengambil kucing yang berada berhampiran dan memasukkan ke dalam msin pengering tersebut.

Lelaki  tersebut kemudiannya dilihat meninggal premis  bersama pakaian mereka  tetapi kembali untuk memasukkan syiling ke dalam mesin pengering tersebut. Selepas menekan butang untuk memulakan mesin tersebut, mereka terus meninggalkan premis itu.

Seorang pelanggan lain menemui bangkai kucing yang berlumuran darah apabila cuba untuk menggunakan mesin pengering tersebut dan terus membuat laporan kepada pemilik premis.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut dan telah membuat laporan polis dan juga ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk tindakan lanjut.

Berikutan laporan yang dibuat, pihak polis kini sedang memburu kedua-dua suspek dan kes disiasa dibawah Seksyen 428.

Kami berharap pihak yang terlibat berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.