100 penumpang mengadu sakit dalam penerbangan pesawat Emirates ke New York

0
29
emirates
Sumber : WABC 7 via AP

11 penumpang penerbangan pesawat Emirates dari Dubai dibawa ke hospital New York akibat penyakit misteri selepas ramai daripada penumpang pesawat tersebut mengadu tidak sihat sepanjang 14 jam penerbangan dari negara timur tengah tersebut.

Jenis penyakit tidak dapat dipastikan lagi sehingga kini tetapi dalam satu kenyataan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika (CDC) berkata  simptom-simptom yang dialami pesakit termasuk demam, selsema dan batuk.

Pesawat tersebut dengan 521 penumpang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada lebih kurang jam 9 a.m (EDT) dan dikelilingi oleh pelbagai ambulan dan kenderaan kecemasan lain sementara penumpang pesawat tersebut menunggu dengan gelisah untuk diperiksa oleh pegawai perubatan.

emirates
Sumber : Larry Coben/via REUTERS

Syarikat penerbangan dan Datuk Bandar New York menyatakan bahawa terdapat 19 penumpang disahkan menghidap penyakit tersebut. 3 Penumpang dan 7 anak kapal dibawa ke hospital dan 9 lagi telah diberikan rawatan di tempat kejadian.

Jurucakap CDC, Benjamin Haynes kemudiannya berkata, 11 orang telah dibawa ke hospital, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka dimasukkan ke dalam wad atau tidak, manakala 11 orang lagi telah menolak untuk menerima rawatan susulan.

Baki penumpang dibenarkan untuk keluar selepas melalui pemeriksaan kastam.

emirates
Sumber : Larry Coben/via REUTERS

Dalam satu kenyataan , CDC berkata sejumlah 100 orang termasuk penumpang dan anak kapal mengadu tidak sihat sepanjang penerbangan pesawat dari Dubai itu.

Menurut Haynes, terdapat kemungkinan mereka yang mengadu sakit dalam penerbangan itu sebenarnya betul betul sakit tetapi cuma 19 yang disahkan selepas diperiksa kerana mereka mempunyai simptom yang paling teruk.

Pesawat 2 tingkat tersebut, Airbus 380 dibawa ke satu lokasi jauh dari terminal untuk diperiksa secara menyeluruh oleh pegawai kecemasan. Airbus 380 adalah pesawat penumpang yang paling besar.

Diala Makki, salah satu penumpang kelas pertama dalam pesawat tersebut berkata dia diberitahu oleh anak kapal bahawa terdapat sejumlah penumpang yang mengadu sakit dan penumpang akan ditahan sehingga diperiksa oleh pegawai kesihatan.

“Anak kapal Emirates sangat membantu, mereka tidak panik, sungguh hebat.” kata Makki, 36 tahun.

Sumber : Yahoo