10 tempat, aktiviti paling unik dan menarik di Terengganu

0
101
Kuala Terengganu
Sumber : http://www.remax.my/Kuala_Terengganu/

Terengganu terkenal dengan dengan pulau pulau nya yang indah. Ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu sesuai untuk anda kunjungi jika anda ingin melihat dan memahami budaya dan tradisi tempatan. Jika anda seorang yang meminati alam semula jadi, negeri itu mempunyai hutan, gunung ganang dan air terjun yang boleh anda lawati. Disini, kami hidangkan 12 tempat dan aktiviti yang menarik untuk anda lakukan sekiranya berkunjung ke negeri ini.

10. Lawatan ke ‘kilang lemang’

Sumber : panoramio.com

Lemang sangat popular dikalangan masyarakat melayu terutamanya pada musim perayaan. Untuk menjadikannya lebih sedap, anda boleh makan bersama kuah kari atau pun serunding daging. Pastikan jika anda berkunjung ke Terengganu, ‘kilang lemang’ adalah satu destinasi yang anda patut sertakan didalam senarai anda untuk belajar cara lemang yang sedap ini dihasilkan.

9. Pasar Payang

Sumber : tourism.terengganu.gov.my

Pasar Payang adalah sebuah pasar yang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar. Pelbagai barangan boleh didapati disini termasuk barangan kraftangan, batik dan juga pelbagai jenis makanan. Anda pastinya boleh membawa pulang buah tangan dari pasar ini untuk orang tersayang.

8. Taman Tamadun Islam

Sumber : museumvolunteersjmm.com

Taman ini adalah antara taman yang paling menarik disini. Ia merupakan tempat dimana anda boleh melihat senibina Islam moden dan juga hasil seni. Terdapat lebuh kurang 22 model monumen sejarah berskala kecil . Model monumen yang paling unik disini adalah monumen Masjid Kristal. Taman ini dihasilkan untuk menambah pengetahuan pengunjung mengenai kubudayaan Islam dari perspektif yang unik dan berbeza.

7. Menikmati keropok Lekor di Kampung Losong

Sumber : acrossplanet.blogspot.com

Tidak jauh dari bandar, lebih kurang 10 minit pemanduan jaraknya, terdapat sebuah perkampungan yang menjadi ‘syurga’ untuk peminat keropok lekor iaitu Kampung Losong. Antara kedai yang paling popular disini adalah kedai ‘Kak Yah Keropok Losong’, terletak di jalan utama perkampungan ini.

6. Menenun nipah di Kampung Pengkalan Gelap

Sumber : star2.com

Terletak di Kampung Pengkalan Gelap, penduduk tempatan disini mahir dalam aktiviti menenun menggunakan daun nipah. Antara produk yang dihasilkan adalah bakul, pemegang lampu dan juga sangkar burung. Semua barangan yang dihasilkan adalah cantik dan dijual dengan harga yang berpatutan.

5. China Town

Sumber : trover.com

Tidak ramai yang tahu di Terengganu juga terdapat China Town dan ianya ada di dalam senarai Tapak Warisan UNESCO. Terletak di Jalan Bandar, ia merupakan sebuah bandar kecil yang dipenuhi dengan rumah kedai yang menarik. Terdapat kedai, restoran dan kafe-kafe kecil di sepanjang jalan tersebut.

4. Menyeberangi Sungai Terengganu dengan bot

Sumber : wanhassan953.blogspot.com

Antara aktivti yang menarik dan unik disini adalah menyebarangi Sungai Terengganu dengan menggunakan bot. Disini anda dapat melihat kehidupan penduduk tempatan di Terengganu. Anda juga dapat melihat proses menghasilkan bot jika anda berkunjung je Pulau Duyung Besar.

3. Telaga Simpul

Sumber : nuhazhafir012.blogspot.com

Telaga Simpul terletak berdekatan dengan Pantai Marina. Ia pernah menjadi tempat persinggahan pelayar untuk berehat. Menurut lagenda, tempat ini juga pernah menjadi tempat mandi ‘orang bunian’. Terdapat pelbagai kisah mistik berkenaan telaga ini tetapi tidak dapat dipastikan kebenaran kisah tersebut.

2. Kuala Terengganu Waterfront

Sumber : homestaykterengganu.blogspot.com

Jika anda ingin menenangkan fikiran dan menikmati keindahan bandar Kuala Terengganu, anda boleh ke Terengganu Waterfront. Disini anda boleh duduk santai sambil mendengar deruan bot dan menikmati permandangan di atas langit. Kebanyakan tempat utama bandar ini terletak berhampiran Waterfront ini seperty jeti utama, Pasar Payang, China Town dan juga taman awam.

1. Bukit Puteri

Sumber : wemalaysia.blogspot.com

Jika anda ingin menyaksikan permadangan Kuala Terengganu dari atas, Bukit Puteri adalah tempat yang harus anda kunjungi. Terletak 200 meter dari paras laut, ia dikatakan adalah tempat paling tinggi di Kuala Terengganu. Dari sini, anda boleh menikmati permandangan indah kawasan sekeliling, termasuk Sungai Terengganu dan juga bandar Kuala Terengganu.

Ini adalah 10 tempat menarik di Terengganu yang telah kami kumpulkan untuk anda lawati. Apa lagi, jadikan Kuala Terengganu sebagai tempat untuk destinasi percutian anda yang seterusnya,

Sumber : tripfez